BAB 8.
Mayat Belacak dan rakan-rakannya terdampar di tepi pantai. Ada mayat yang separuh terbenam dalam pasir. Ada yang terlentang dan ada yang terlungkup. Beberapa orang kampung mengerumi dan melihat mayat-mayat yang terdampar itu. Cencaru dan Tamban turut melihat mayat itu.
“Kenapa mereka semua mati?” kata Tamban pada Cencaru.
“Manalah aku tahu!” jawab Cencaru.
Dukun Pari dan Belitong memeriksa mayat Belacak.
“Punah harapan aku...” bisik hati Dukun Pari yang begitu kecewa Belacak dan rakan-rakannya mati lemas.
“Apa kita nak buat sekarang dukun?” tanya Belitong yang turut kecewa apa yang berlaku pada Belacak.
“Mustahil mereka diserang duyug-duyung,” ujar Dukun Pari.
“Barangkali mereka dibunuh lanun, barangkali juga mereka dipukul ribut,” jelas Belitong. Dukun Pari segera beredar. Belitong menoleh dan segera mengekori dari belakang.
Umang duduk termenung di penjuru pondok kayu. Mulutnya tidak pernah lekang menyebut duyung. Buntal dan Siput duduk bersebelahan Umang.
“Siput kau tanyalah lagi apa yang berlaku pada Umang itu,” kata Buntal pada Siput. Umang tersenyum sendiri.
“Dia tidak mahu cakap, puas aku pujuk dia tapi dia asyik sebut duyung saja,” jawab Siput.
“Entah-entah Umang sudah jumpa duyung,” ujar Buntal.
Muncul Teritip menghampiri Buntal dan Siput.
“Pakcik tidak tahu nak buat macamana lagi. Malam meracau-racau, siang macam orang tidak cukup akal,” Teritip duduk di pondok kayu itu.
“Barangkali Umang kena sampuk mambang laut pakcik,” kata Buntal lagi.
“Buntal, kau itu yang kena sampuk mambang laut. Sampai sekarang tidak boleh turun ke laut. Asal nampak air laut kau mabuk,” Sindir Siput.
“Itu penyakit aku, belum ada ubat lagi. Kau jangan terkejut, kalau aku sembuh dari penyakit mabuk laut ini,” jelas Buntal.
“Duyung... duyung... duyung...” perkataan yang sering keluar dari mulut Umang.
“Aku tidak tahu sampai bila Umang akan berhenti menyebut duyung... sudah beratus-ratus kali aku dengar. Mulut dia tidak penatkah,” kata Buntal.
“Mungkin salah pakcik menyebabkan dia jadi begini,” keluh Teritip.
“Betulkah pakcik ada simpan sisir emas?. Apa kaitan lakaran duyung dan duyung yang disebut-sebut Umang itu?” Siput bertanya. Teritip tunduk membisu. Buntal memandang Siput.
“Duyung memang wujud. Aku nampak dia... dia cantik, secantik bidadari...” Umang bersuara. Teritip, Buntal dan Siput terkejut bila Umang berkata demikian.
Belitong meneguk air kelapa sementara menunggu kehadiran Dukun Pari. Cencaru turun dari atas pokok kelapa sambil membawa dua biji buah kelapa muda. Tamban menunggu di bawah pokok.
“Kau ini lembablah Cencaru, aku dahaga... lebih baik aku suruh monyet yang panjat,” tegur Tamban.
“Kenapa tidak kau saja yang jadi monyet panjat pokok kelapa ini,” Cencaru meninggikan suara.
“Sudah!, kau berdua ini tidak ubah macam anjing dengan kucing. Aku tabuh muka sorang-sorang baru tahu,” marah Belitong pada Cencaru dan Tamban. Muncul Dukun Pari lalu menemui Belitong yang sedang meneguk air kelapa muda. Dukun Pari duduk di sebelah Belitong.
“Hancur harapan aku. Belitong, kau ada buah fikiran?” tanya Dukun Pari.
“Sebut saja, buah apa yang dukun nak. Buah kelapa, buah kelubi, buah sentul, buah rokan, buah tampoi...” jawab Belitong.
“Buah itu semua nak buat apa, aku nak buah fikiran, cadangan atau pendapat bagaimana kita nak tangkap duyung itu. Bengap!” Dukun Pari meninggikan suara. Belitong mencampakkan buah kelapa muda ke tepi. Belitong berdiri dan berjalan ke hulu ke hilir mencari buah fikiran. Dukun Pari memandang Belitong yang masih berlegar-legar di hadapannya. Sedang Belitong dan Dukun Pari mencari buah fikiran tiba-tiba terdengar bunyi riuh rendah orang kampung di tepi pantai. Belitong, Dukun Pari, Cencaru dan Tamban menoleh ke arah pantai.
“Apa yang riuh rendah di tepi pantai itu?” Dukun Pari tertanya-tanya.
“ Cencaru, Tamban kau berdua pergi lihat apa yang berlaku di sana,” perintah Belitong pada Cencaru dan Tamban. Cencaru dan Tamban segera berlari ke tepi pantai.
“Barangkali ada keramaian....” Dukun Pari meneka.
“Setahu aku keramaian tolak bala belum sampai masanya lagi,” ujar Belitong sambil meninjau dari jauh.
“Kalau bukan keramaian tolak bala, tolak apa lagi?” tanya Dukun Pari.
“Tolak ombak agaknya...” jawab Belitong.
Di tepi pantai satu upacara menghalau duyung diadakan di kampung Teluk Angin Pasang yang diketuai oleh Tok Kepah. Deretan orang kampung berdiri di tepi pantai sambil memukul air laut menggunakan kayu panjang dan batang buluh. Sambil memukul mereka semua menjerit menghalau duyung. Sepanjang pantai itu riuh rendah dengan jeritan dan bunyi pukulan kayu silih berganti bagaikan satu pesta. Tok Kepah dan Mak Lala senyum gembira.
“Aku harap selepas ini tidak ada duyung yang mengganggu anak-anak buah aku,” kata Tok Kepah pada Mak Lala.
“Abang percaya apa yang berlaku pada Belacak dan nelayan yang lain angkara duyung?” tanya Mak Lala.
“Habis angkara siapa, angkara lanun? Aku percaya bukan lanun. Kawasan laut kita ini bebas dari serangan lanun. Ini semua angkara duyung!” tegas Tok Kepah.
“Mana abang tahu angkara duyung, pernahkah abang lihat duyung? Pernahkah abang lihat duyung itu mengamuk. Mana ada duyung, duyung tidak wujud bang!” bebel Mak Lala.
“Kau apa tahu, pergi balik!” ujar Tok Kepah yang tidak senang dengan pandangan Mak Lala. Mak Lala bergegas balik rumah.
“Kamu semua pukul lagi, cepat! perintah Tok Kepah pada orang-orang kampung.
Siput dan Buntal yang berada di bawah pokok turut meninjau apa yang berlaku di tepi pantai. Siput ingin pergi ke tepi pantai tetapi ditahan oleh Buntal.
“Siput, kau nak pergi mana?” tanya Buntal.
“Aku nak lihat apa yang berlaku di pantai,” jawab Siput.
“Jangan, Belitong penyangak ada di sana,” balas Buntal.
Siput membatalkan niatnya untuk pergi ke pantai.
“Kenapa penyagak itu ada di sana,” kata Siput yang tidak puashati.
“Biasalah langau, di mana ada makanan di situ dia hinggap,” Buntal membetulkan seluarnya yang hampir terlondeh.
“Kenapa ramai orang kampung pukul air laut itu, macam tidak ada kerja lain,” rungut Siput.
“Bapak kau Tok Kepah ada di sana, mustahil kau tidak tahu apa yang mereka buat,” ujar Buntal.
“Manalah aku tahu, bapak aku sendiri pun tidak cerita,” Siput duduk di bawah pokok.
“Biarlah, mereka nak pukul air laut ke telan air laut ke, peduli apa. Mari kita jumpa Umang,” Buntal mengajak Siput pergi ke rumah Umang.
Dukun Pari, Belitong, Cencaru dan Tamban bergegas menuju ke pantai untuk menemui Tok Kepah. Sebentar kemudian mereka mendekati Tok Kepah.
“Apa Tok Kepah buat ini?” tanya Dukun Pari.
“Aku dan orang kampung halau duyung,” jawab Tok Kepah.
“Apa, halau duyung!” Belitong terkejut.
“Apa yang Tok Kepah merapu ini, nak halau duyung bukan cara begini. Ini cara orang hilang akal,” ujar Dukun Pari yang membantah Tok Kepah.
“Kalau kamu tak setuju dengan cara aku, kamu semua jangan masuk campur. Aku tidak mahu anak buah aku, orang kampung mati kerana duyung. Aku nak halau duyung itu dari mengganggu. Kamu bukan tidak tahu Belacak dan nelayan yang lain mati kerana duyung,” jelas Tok Kepah.
“Kerja yang Tok Kepah buat ini kerja yang sia-sia!” Belitong memperlekehkan usaha Tok Kepah.
“Aku peduli apa, sia-sia atau tidak yang penting orang kampung selamat pergi dan balik dari laut,” Tok Kepah mempertahankan usahanya.
“Apa Tok Kepah fikir kematian Belacak dan nelayan yang lain disebabkan duyung?” Belitong mempersoalkan kematian Belacak dan nelayan lain kepada Tok Kepah. Tok Kepah menggaru kepala.
“Tok Kepah tahu, cara Tok Kepah ini boleh menggagalkan usaha kami menangkap duyung.,” Dukun Pari menerangkan hajatnya.
“Apa, kau nak tangkap duyung!” Tok Kepah ingin tahu.
“Ya, kami merancang ingin menangkap duyung. Kalau Tok Kepah halau cara begini, habislah usaha kami,” kata Dukun Pari.
“Kenapa kamu tidak berbincang terlebih dahulu dengan aku,” jawab Tok Kepah.
“Saya tidak mahu perkara ini menjadi kecoh,” Dukun Pari membetulkan bajunya yang ditiup angin.
“Kenapa pulak nak kecoh, perkara yang baik sudah tentu orang kampung suka,” jelas Tok kepah lagi.
“Aku percaya kematian Belacak dan rakannya bukan kerana duyung tetapi kematian mereka disebabkan ribut dan ombak besar. Mereka mati lemas,” Dukun Pari menambah.
“Jadi apa tujuan kamu menangkap duyung itu?” Tok Kepah bertanya.
“Satu hari nanti Tok Kepah akan tahu, tapi tolong hentikan perbuatan yang sia-sia ini,” jawab Dukun Pari dengan selamba lalu meninggalkan Tok Kepah yang masih terpinga-pinga apa muslihat Dukun Pari itu.

Apalagi, buka Bab Seterusnya...

No comments:
Post a Comment