BAB 11.
Lebih satu purnama Umang tidak kembali ke darat dan tidak kembali ke rumahnya. Sejak itu Teritip duduk termenung di tangga memikirkan di mana hilangnya Umang. Tiada khabar berita yang didengarnya.
“Hai Umang mana kau pergi, hidup atau mati tidak tahu khabarnya. Orang kampung mengatakan kau sudah mati, hilang di laut. Bapak percaya kau masih hidup... Baliklah Umang, bapak tidak ada kawan. Kalau kau balik bapak tidak marah lagi,” kata Teritip. Teritip juga kecewa dengan kehilangan sisir emas yang disimpannya.
“Sisir emas aku pun entah ke mana hilangnya. Barangkali Umang yang mengambilnya. Tapi kenapa sejak sisir emas itu hilang, penyakit gatal-gatal aku pun hilang, hairan...rindu pulak aku dengan gatal itu,” bisik hati Teritip. Teritip bangun dan masuk ke dalam rumah.
Di tepi Siput seia menanti kepulangan Umang. Setiap pagi dan petang Siput akan ke tepi pantai menanti kepulangan Umang. Siput hampa kerana Umang tidak juga muncul. Buntal yag setia menemankan Siput turut terasa kehilangan Umang.
“Tidak ada gunanya kita menunggu Siput. Umang sudah dikhabarkan hilang dan mati di laut,” kata Buntal pujuk Siput.
“Aku rasa Umang masih hidup, cuma kita tidak tahu di mana dia sekarang,” jawab Siput.
“Kalau dia masih hidup tentu dia akan balik! Tapi di mana dia?” tegas Buntal.
“Walau apa pun orang kampung kata Umang sudah mati, kau kata dia hilang tapi hati aku berkata dia masih hidup!” tegas Siput. Buntal geleng kepala dia masih tidak faham dengan sikap Siput itu.
“Agaknya kau pun sudah tidak siuman. Barangkali kau nak ikut dia mencari duyung. Apa yang aku dengar hanya duyung betina saja yang ada. Kau tidak akan jumpa duyung jantan! Kalau nasib tidak baik Umang sudah kena bedal dengan duyung-duyung yang ganas itu!” Buntal segera meninggalkan Siput. Siput menitiskan air mata. Sedihnya tidak terbendung lagi. Siput terduduk di tepi pantai meratapi Umang.
Rumah Tok Kepah di penuhi orang-orang kampung, ada yang duduk di bawah pokok, di bawah tangga dan di atas tanah. Ada yang berdiri di beberapa tempat dan penjuru luar rumah Tok Kepah. Di dalam rumah Tok Kepah dan Teritip berbincang. Di dapur Siput dan Mak Lala sedang menyediakan air minuman.
“Mak, abang Umang masih hidup lagi, Siput macam tidak percaya mak...” kata Siput pada Mak Lala.
“Bukan mak tidak suka, kau pun tahu Umang bukan Umang yang dulu lagi. Dia sudah tidak siuman...” jawab Mak Lala.
“Kenapa mak cakap macam itu, Siput yakin Umang masih siuman,” ujar Siput.
“Suka hati kaulah, walau apa pun mak tidak setuju kau masih sukakan dia lagi,” tegas Mak Lala. Siput tarik muka masam.
“Tok Kepah kalaulah benar nelayan yang turun ke laut itu terlihat Umang masih hidup, boleh tidak kita minta nelayan-nelayan mencari dan membawa balik Umang,” kata Teritip pada Tok Kepah. Tok Kepah tunduk berfikir.
“Baiklah kalau itu permintaan kau Teritip, aku sedia membantu dan aku akan minta beberapa orang nelayan pergi mencarinya,” ujar Tok Kepah.
“Terima kasih Tok Kepah, saya harap Umang dapat ditemui,” Teritip gembira dengan kesanggupan Tok Kepah membantu mencari Umang.
“Kita berdoa semoga Umang ditemui semula,” Tok Kepah bangun dan berjalan menuju ke beranda rumah sambil diikuti oleh Teritip.
Orang kampung segera berkumpul di hadapan tangga rumah Tok Kepah setelah dipanggil oleh Tok Kepah. Semua orang kampung menanti dengan penuh sabar apa yang ingin dikatakan oleh Tok Kepah.
“Aku bertanggung jawab penuh di kampung Angin Pasang ini, sebagai mana yang kamu ketahui bahawa Umang masih hidup dan atas permintaan Teritip dia meminta supaya kita pergi mencari Umang di laut. Jadi marilah kita sama-sama membantu mencari Teritip. Semua nelayan harus berganding bahu dan esok mulailah mencari. Terima kasih semua, bolehlah bersurai,” kata Tok Kepah pada orang kampung. Semua orang kampung bersurai. Tidak lama kemudian luar rumah Tok Kepah lengang.
“Tok Kepah aku minta diri dulu, terima kasih banyak-banyak,” Teritip bersalaman dengan Tok Kepah.
“Eh!, sejak bila kau tidak menggaru lagi?” Tok Kepah bertanya.
“Sudah sebulan tok, penyakit gatal aku yang dulu itu tiba-tiba sembuh dengan sendirinya. Aku pun hairan...” jawab Teritip.
“Ubat apa yang kau pakai?” tanya Tok Kepah lagi.
“Aku cuma gunakan daun mentangor, daun putat, daun cempukak, daun gelagah, macam-macam daun lagi...” jawab Teritip membohongi Tok Kepah.
“Daun apa yang kau gunakan itu, aku tidak pernah dengar pun...” balas Tok Kepah. Teritip cepat-cepat minta diri.
“Tok Kepah aku balik dulu,” ujar Teritip yang bergegas pergi. Tok Kepah memikirkan tentang daun yang disebutkan Teritip itu.
Di tengah laut beberapa orang nelayan masih mencari Umang. Sudah berhari-hari nelayan mencari namun Umang tidak ditemui. Mereka turun ke laut dengan semangat untuk mencari Umang tetapi mereka pulang dengan hampa. Umang masih tidak di temui. Saban hari Siput setia menanti nelayan kembali ke pantai. Siput berharap Umang akan di bawa pulang, sangkaannya meleset.
“Apakah abang Umang benar-benar sudah mati?” hati Siput bertanya. Dia begitu sedih dan kecewa. Harapannya untuk hidup bersama Umang hanya tinggal harapan. Teritip, Tok Kepah dan Mak Lala turut menanti di tepi pantai. Mereka juga hampa bila Umang masih tidak ditemui.
“Bagaimana Umang masih tidak ditemui?” tanya Tok Kepah pada salah seorang elayan yang baru mendapat.
“Tidak tok,” kata salah seorang nelayan sambil menggelengkan kepalanya. Teritip sedih memandang laut yang luas.
“Kalaulah benar dia mencari duyung, aku yakin satu hari nanti dia akan pulang juga...” bisik hati Teritip. Tok Kepah dan Mak Lala mendekati Teritip. Tok Kepah menepuk bahu Teritip.
“Sabarlah Teritip, kalau sudah ajal Umang di laut apa boleh buat. Kita tidak dapat melawan takdir,” kata Tok Kepah menenangkan Teritip.
“Aku kasihan melihat Siput, hari-hari mengaharapkan Umang kembali...” kata Mak Lala pada Teritip.
“Apa boleh buat Mak Lala, Tok Kepah. Aku tidak menyangka perkara begini akan terjadi,” ujar Teritip perlahan meninggalkan Tok Kepah dan Mak Lala. Tok Kepah dan Mak Lala simpati pada Teritip.
Di bawah pokok kelapa berhampiran pantai, Belitong, Cencaru dan Tamban memerhatikan Siput duduk termenung di atas batang kayu menunggu kepulangan Umang.
“Apa tidak ada benda lainkah Siput duduk di situ,” kata Cencaru.
“Dia fikir Umang itu masih hidup, kalau aku jadi dia aku cari orang lain. Orang yang sudah mati pun masih ditunggu-tunggu...” sampuk Tamban. Belitong yang asyik memerhati itu terus mengetuk kepala Cencaru dan Tamban dengan tangannya.
“Bodoh!, itu namanya angau. Siput itu hidupnya tidak macam orang biasa. Kalau siang malam ingatkan orang yang dia sayang bukan setakat angau lagi tapi dia itu hampir nak jadi sewel, faham!” tegas Belitong.
“Barulah aku faham, macam itu rupanya angau,” kata Tamban.
“Kalau dia angau atau sewel kenapa kau sukakan dia?” tanya Cencaru.
“Sebab aku sukakan Siputlah maka aku tidak peduli samada dia angau atau sewel,” ujar Belitong dengan nada suara yang meninggi.
“Aku tidak faham dengan kau, barangkali kau pun angau campur pulak dengan sewel. Boleh jadi gila aku dibuatnya,” kata Cencaru.
“Otak kau itu lembab, sudahlah lembab bangang pulak. Lembab campur bangang jawapannya bodoh!” Belitong memperlekehkan Cencaru. Cencaru semakin bosan.
“Apa kau nak buat dengan Siput itu?” tanya Tamban.
“Kali ini kerja aku menjadi mudah, aku akan buat Siput melutut pada kaki aku. Aku tidak mahu lepaskan peluang keemasan ini. Sudah sampai masanya Siput jadi milik aku,” ujar Belitong dengan bersemangat.
“Maksud kau?” tanya Cencaru.
“Ikut aku,” Belitong bergegas pergi. Cencaru dan Tamban garu kepala.
“Pergi aku benci kau!... jangan datang lagi!... Aku benci kau Umang...!” Siput meracau-racau ketika tidur. Berkali-kali dia mengulangi kata-kata itu. Mak Lala yang dan Tok Kepah yang berada di sisi Siput menjadi bingung bila melihat keadaan Siput sudah berubah. Setiap malam tidur Siput terganggu dia akan meracau-racau membeci Umang.
“Abang Kepah, jembalang apa pulak yang merasuk anak kita ini,” kata Mak Lala yang semakin bimbang.
“Entahlah abang pun tidak tahu, aneh sungguh lepas satu, satu yang bala yang datang. Kampung kita sudah tidak aman lagi,” Tok Kepah berlegar-legar di dalam rumahnya. Dia tidak senang duduk.
“Abang pergilah cari penawar untuk Siput ini!” pinta Mak Lala.
“Mana nak penawar malam-malam buta begini,” tegas Tok Kepah.
“Panggillah Dukun Pari itu supaya dia beri penawarnya,” ujar Mak Lala lagi.
“Sudah kau jangan sebut lagi Dukun Pari itu. Aku tidak percaya lagi dengan dia,” Tok Kepah berdiri di muka pintu sambil melihat Siput yang masih meracau. Hatinya tertanya-tanya kenapa Siput menerima nasib yang sama seperti Umang.
“Kalau begitu pergilah cari dukun yang handal-handal di luar kampung kita ini,” harapan Mak Lala.
“Bawalah bersabar, esok abang akan cari dukun itu,” kata Tok Kepah.
“Lala takut bang, kalau penyakit Siput ini tidak boleh diubati,” Mak Lala menyapu air di muka Siput.
“Ya abang tahu siapa yang tidak sayangkan anak...” Tok Kepah menghampiri Siput dan duduk di sebelahnya. Dia merenung Siput penuh simpati. Mak Lala menangis kerana terlalu sedih. Siput masih meracau.
Asap kemenyan berkepul-kepul di ruang rumah Dukun Pari. Dukun Pari membaca jampi serapah. Di tangannya memegang anak patung berbentuk seorang wanita. Patung itu diperasap, Belitong tersenyum gembira kerana hajatnya menguna-gunakan Siput berjaya.
“Bagaimana dukun?” tanya Belitong pada Dukun Pari.
“Tidak lama lagi Siput akan jatuh ke tangan kau. Dia sekarang meracau-racau membenci Umang,” kata Dukun Pari.
“Betulkah begitu dukun,” ujar Belitong.
“Terpulang pada kau apa yang ingin kau lakukan pada Siput itu,” kata Dukun Pari. Belitong rasa bangga, Cencaru dan Tamban turut tersenyum.
“Sekarang dengan mudah kau sudah memiliki Siput Belitong,” kata Cencaru.
“Betapa bijaknya buah fikiran aku, bukan macam kau berdua lembab!” ujar Belitong.
“Apa kau nak buat dengan Siput selepas ini,” tanya Tamban.
“Kenapa kau nak ambil tahu, ini urusan aku. Kau tunggu dan lihat saja...” ujar Belitong dengan lagak. Dukun Pari meletakkan patung itu ke tepi. Dukun Pari selesai menjampi Siput.
“Belitong, sebaik-baiknya segerakanlah pekerjaan kau itu. Jika lambat kau juga yang susah nanti,” kata Dukun Pari mengingatkan Belitong.
“Itulah yang sedang aku fikirkan...” jawab Belitong.
“Dukun, bagaimana kalau Siput dapat dipulihkan. Mungkin juga Tok Kepah menggunakan khidmat dukun lain untuk memulihkan Siput?” pertanyaan Cencaru.
“Ya, betul kata Cencaru itu dukun,” Belitong menyokong pendapat Cencaru.
“Kau fikir ilmu aku tidak sehebat dukun lain? Kau belum tahu aku menuntut ilmu dan bertapa selama empat puluh empat hari empat puluh empat malam di Gunung Kuntala Kuntali. Tidak ada dukun lain yang boleh mengalahkan ilmu aku...” kata Dukun Pari dengan sombong sekali.
“Baiklah, aku yakin dengan ilmu kau itu... Bagaimana rancangan kita untuk menangkap duyung itu,” ujar Belitong.
“Aku sedang mengumpulkan orang-orang yang mahu membantu aku, dalam sedikit masa lagi kita akan mulakan,” kata Dukun Pari.
“Kalau begitu biar kami pulang dulu...hari sudah jauh malam,” ujar Belitong.
“Eloklah, aku pun sudah mengantuk, lebih lama kau semua ada di sini bertambah sakit mata aku,” Dukun Pari berjalan ke muka pintu. Belitong, Cencaru dan Tamban segera keluar dari dalam rumah Dukun Pari.
Jangan Abaikan Bab Seterusnya...

No comments:
Post a Comment