BAB 12.
Satu majlis meraikan kembalinya sisir emas ke pangkuan Puteri Duyung dan meraikan kehadiran Umang manusia darat buat julung kalinya telah diadakan oleh Raja Duyung. Kehadiran Umang sungguh memeranjatkan duyung-duyung yang lain kerana tiada pun sebelum ini sambutan ke atas manusia darat dibuat. Duyung-duyung merasakan tidak selesa dengan keputusan dan kehendak Raja Duyung itu. Putera Duyung yang hadir sama turut merasa ragu-ragu dan terkilan dengan tindakan Raja Duyung.
“Apakah Raja Duyung itu sudah hilang pertimbangan dengan meraikan manusia darat yang belum tahu kejujurannya?” bisik Putera Duyung sambil memandang Umang, Puteri Duyung dan Raja Duyung berenang beriringan menuju ke persada santapan. Umang merasa bangga tetapi perasaannya bimbang kerana kehadirannya itu mungkin tidak disenangi oleh duyung-duyung lain.
“Aku tidak perlu bimbang kerana di sini Raja Duyung berkuasa dan dia boleh menerima kehadiran aku di sini. Lagi pun Puteri Duyung terhutang budi dengan aku,” Umang melawan perasaannya sambil kagum dan hairan melihat begitu ramai duyung-duyung yang hadir di majlis itu.
“Selama ini aku bayangkan hanya sebelingan saja duyung yang wujud, tapi tidak apa yang aku sangkakan. Mereka juga ramai, ada yang kecil. Ada yang besar, tua dan muda. Yang muda rambut mayang mengurai cantik-cantik belaka. Apa yang aku lihat ini dunia duyung?” hati duyung bertanya. Semua duyung-duyung yang hadir itu terpaku dan mata mereka liar melihat Umang berenang beriringan dengan Puteri Duyung.
“Kenapa duyung-duyung semua melihat aku seperti aneh dan tidak begitu gembira. Adakah aku ini tidak sukai mereka?” Umang semakin tidak selesa. Umang terpandang Putera Duyung. Putera Duyung menjeling tajam.
“Kenapa Duyung jantan itu memandang aku dengan marah sekali? Anehnya kelakuannya seperti duyung lembut tidak segagah duyung-duyung jantan yang lain?” musykil Umang bertambah. Sejurus kemudian mereka sampai di persada santapan. Di atas meja batu yang memanjang Umang melihat pelbagai makanan laut yang enak dan segar sedia terhidang.
“Silakan wahai manusia darat ke persada santapan,” kata Raja Duyung meminta Umang ke persada santapan.
“Ya, terima kasih tuanku Raja Duyung...” Umang perlahan-lahan ke meja persada santapan sambil diperhatikan Puteri Duyung yang berada di sebelahnya. Umang diapit di tengah-tengah.
“Wahai anak buah beta duyung-duyung sekelian, sebelum kita semua bersantap moleklah beta bertitah sepatah dua kata. Ingin beta menjelaskan bahawa hari ini, hari yang paling gembira buat beta dan anakanda beta. Barangkali kamu semua tertanya-tanya kenapa beta meraikan dan membawa bersama manusia darat Umang ini ke majlis kita. Janganlah syak wasangka dan gundah pada tetamu beta Umang ini. Dia manusia darat yang baik dan jujur budi pekerti. Sisir emas warisan turun temurun milik Puteri Duyung sudah kembali. Umanglah yang menemui dan membawa sisir emas ke sini untuk dipersembahkan kepada yang empunya diri. Beta sungguh terhutang budi dan dengan ini beta akan hadiahkan dengan habuan sepeti harta karun dan wang emas kepada Umang sebagai ganti. Harapan beta agar Umang menerima dengan senang hati,” titah Raja Duyung. Umang tunduk hormat pada duyung-duyung yang hadir. Raja Duyung menyerahkan kembali sisir emas kepada Puteri Duyung sambil diperhatikan oleh Umang.
“Marilah kita bersantap untuk meraikan bersama kembalinya sisir emas...” kata Raja Duyung yang gembira.
“Silakan Umang jamahlah makanan yang terhidang itu,” jemput Puteri Duyung pada Umang.
“Ya terima kasih...” Umang serba salah.
“Bagaimana aku menjamahnya sedangkan semua makanan laut ini mentah-mentah belaka. Aku mahu nasi tapi sebutir nasi pun tidak kelihatan...” keluh Umang dalam hati. Untuk tidak mengecilkan hati Raja Duyung dan Puteri Duyung Umang terpaksalah meratah dan menjamah makanan laut yang mentah itu.
Di tepi pantai Pulau Air, Puteri Duyung bersama Umang bersuka ria sambil berenang-renang. Hubungan mereka berdua semakin intim dan mesra. Kemesraan mereka berdua menyebabkan Putera Duyung cemburu di hati. Raja Duyung tidak dapat berbuat apa-apa kerana Umang telah banyak berjasa kepada Puteri Duyung dan Raja Duyung kerana mengembalikan sisir emas.
“Ayahandaku Raja Duyung bangga dengan kejujuran kau Umang, Dia merasakan kembalinya sisir emas itu dapat membahagiakan kami semua,” kata Puteri Duyung.
“Aku ingin menebus kesalahan bapak aku, disebabkan perbuatan dia Puteri dan duyung yang lain menerima kesusahan,” ujar Umang.
“Aku tidak tahu bagaimana ingin membalas budi baik Umang, aku menjadi serba salah. Aku tidak mampu melakukannya. Walaupun kau Raja Duyung memberikan kau habuan seperti harta karun dan wang emas yang tidak ternilai harganya...” kata Puteri Duyung tunduk sedih.
“Janganlah Puteri bersedih, aku tidak minta apa-apa dari kau Puteri mahu pun dari ayahanda kau. Apa yang Raja Duyung berikan itu sudah memadai untuk aku,” jelas Umang. Putera Duyung yang berada tidak jauh dari Umang dan Puteri Duyung begitu kecewa bila melihat Puteri Duyung rapat dengan Umang. Putera Duyung memerhatikan dan mengekori ke mana sahaja Puteri Duyung dan Umang pergi.
“Kenapalah bodoh sangat Puteri berkawan dengan manusia darat itu... aku yang berada di sini sejak sekian lama dia tidak pedulikan aku langsung...” Kata Putera Duyung.
“Sisir emas sudah ada pada Puteri, tapi kenapa dia tidak mahu berkahwin dengan aku? Sebaliknya dia sukakan manusia darat itu...” Putera Duyung sangsi.
“Kenapa Puteri rasa serba salah? Perkara apa yang mengganggu fikiran Puteri?” tanya Umang. Puteri Duyung diam sejenak dia memikirkan susuatu yang ingin dia katakan tetapi lidahnya kelu.
“Aku... sebenarya aku ingin menjadi manusia seperti kau Umang. Sudah lama aku impikan hasrat aku ini. Aku ingin kembali ke darat, aku tidak mahu berterusan dengan sumpahan ini, Umang mahukah kau berkahwin dengan aku? Dengan berkahwin sumpahan duyung akan terhapus, aku akan menjadi manusia seperti kau,” jelas Puteri Duyung. Umang terkejut bila mendengar kata-kata Puteri Duyung itu. Umang memandang muka Puteri Duyung yang tunduk sedih.
“Mana mungkin Puteri, kau dengan dunia kau, aku dengan dunia aku. Tidak mungkin boleh bersatu. Apakah pernah berlaku duyung berkahwin dengan manusia darat dan sumpahan itu boleh terhapus?” Umang bertanya. Puteri Duyung diam membisu. Umang memegang bahu Puteri Duyung.
“Memang benar belum ada duyung yang sanggup mengahwini manusia darat, tetapi kenapa tidak kita Umang. Ini sajalah peluang untuk aku mencuba dan aku yakin sumpahan duyung itu akan terhapus...” Puteri Duyung merayu. Umang menarik nafas panjang. Dia tunduk berfikir.
“Sanggupkah aku menerima kenyataan ini... kalau bukan aku siapakah lagi yang dapat membantu Puteri Duyung menjadi manusia...” bisik hati Umang.
“Bagaimana Umang, aku sanggup berdepan dengan ayahandaku. Aku akan mohon izin dan merayu pada ayahandaku. Kalau ayahandaku menentang aku sanggup ikut kau Umang,” kata-kata Puteri Duyung itu menyebabkan Umang bertambah keliru dan bingung. Setelah berfikir Umang memberikan jawapan.
“Baiklah aku sanggup mengahwini Puteri demi kebahagiaan dan menghapuskan sumpahan.” Puteri Duyung gembira mendengar penjelasan Umang.
Puteri Duyung bersama Umang mengadap Raja Duyung yang sedang duduk di singgahsana untuk menyampaikan hasrat mereka itu. Dalam keadaan serba salah itu Puteri Duyung dan Umang tunduk memohon keizinan daripada Raja Duyung.
“Ayahanda, ampukan anakanda sekiranya kata-kata dan perbuatan anakanda ini akan melukakan hati ayahanda...” kata Puteri Duyung tersekat-sekat. Raja Duyung tunduk berfikir.
“Sudahkah anakanda berfikir panjang?. Ayahanda sedia maklum hajat dan harapan anakanda itu...” jawab Raja Duyung kecewa. Puteri Duyung memandang Umang.
“Apa ayahanda sudah tahu maksud anakanda?” tanya Puteri Duyung.
“Ya anakanda, ayahanda tidak menyangka bahawa anakanda membuat kuputusan yang kurang bijak. Apakah anakanda mahu melupakan asul usul kita?. Tiada siapa yang berani dan belum pernah ada duyung yang berkahwin dengan manusia darat!” Raja Duyung meninggikan suaranya. Raja Duyung tidak berpuashati. Puteri Duyung menghampiri Raja Duyung.
“Anakanda merayu pada ayahanda, izinkanlah anakanda berkahwin dengan Umang. Anakanda sangat mencintainya. Anakanda ingin menjadi seperti manusia darat. Anakanda tahu sumpahan duyung akan terhapus sekiranya jodoh anakanda dan perkahwinan anakanda dengan manusia darat itu terjadi. Izinkanlah ayahanda...”rayu Puteri Duyung.
“Tidak!, ayahanda tidak izinkan. Perbuatan anakanda itu sudah melampau!. Tahukah anakanda perbuatan anakanda itu akan menjadi ikutan duyung-duyung yang lain. Maka akan hilanglah zuriat dan keturunan duyung di muka bumi ini. Tetapkanlah hati anakanda dengan kejadian yang sedia ada. Ingat itu!” tegas Raja Duyung.
“Ampunkan patik tuanku, patik tidak menyangka hal demikian membuatkan tuanku murka. Patik tidak berniat menghasut anakanda tuanku berkahwin dengan patik, anakanda tuanku yang ingin benar menjadi manusia darat...” kata Umang.
“Beta tahu, kamu tidak bersalah dalam hal ini. Biarlah beta yang menentukan samada anakanda beta itu berkahwin dengan siapa... sesungguhnya tidak masuk akal duyung berkahwin dengan manusia darat. Biarlah duyung dengan duyung, manusia dengan manusia. Kita punya kehidupan yang berbeza...” ujar Raja Duyung. Puteri Duyung tunduk kecewa. Umang serba salah.
“Ayahanda, anakanda mohon sekali lagi izinkanlah anakanda berkahwin dengan Umang...” rayu Puteri Duyung.
“Tidak!, fikiran ayahanda tidak akan berubah!” tegas Raja Duyung yang tidak berganjak dengan keputusannya. Puteri Duyung menahan sedih.
“Puteri, lupakanlah hasrat Puteri itu, sesungguhnya dunia kita berlainan dan tidak mungkin akan bersatu...” pujuk Umang yang serba salah.
“Benar kata Umang itu. Umang, kembalilah ke tempat asal kamu... dan lupakanlah apa yang berlaku di sini. Beta akan kenang budi baik kamu...” kata Raja Duyung.
“Patik faham perintah tuanku itu, patik akan segera kembali ke tempa asal patik...” ujar Umang. Umang dengan perasaan kecewa segera meninggalkan singgahsana. Puteri terlalu sedih bila Umang pergi meninggalkannya.
Terus Hayati Cerita Seterusnya...

No comments:
Post a Comment