BAB 9.
Hari berganti hari, saban malam Umang akan meracau dan tidurnya sering terganggu dengan mimpi dia bertemu dengan duyung. Teritip semakin bingung dengan keadaan Umang yang tidak menentu itu.
“Bukan aku yang mengambilnya!, duyung maafkan aku... aku tidak tahu... duyung... Puteri Duyung...” Umang meracau-racau. Teritip tersedar dari tidurnya, dia menoleh ke arah Umang yang masih meracau-racau.
“Apalah nak jadi dengan Umang ini, saban malam meracau...” Teritip segera bangun sambil menggaru punggungnya. Teritip menghampiri Umang lalu mengejutkan Umang.
“Umang... Umang!... apa kau mimpi lagi duyung itu?” tegur Teritip. Teritip menampar pipi Umang lalu Umang tersedar dari racau dan mimpinya.
“Duyung... bapak duyung pak, duyung datang lagi...” kata Umang meracau.
“Apa yang kau cakap ini, tidak sudah-sudah dengan duyung... pergi tidur,” ujar Teritip yang masih tidak faham dengan keadaan Umang. Umang baring semula dan melelapkan matanya. Teritip bangun dan berjalan menuju pintu. Pintu rumah di buka, Teritip duduk di muka, dia termenung sendirian.
“Musibah apakah ini... adakah duyung itu menuntut kembali sisir emasnya,” bisik hati Teritip.
“Haruskah aku kembalikan sisir emas itu? ahh, tidak mungkin sisir emas itu keluarga aku menjadi porak peranda. Mana mungkin duyung itu boleh hidup lama. Tentu duyung itu sudah mati,” kata Umang.
“Mungkin ada benarnya, sejak aku memiliki sisir emas itu hidup aku tidak menentu. Isteri aku mati tercekik makan pisang kapas. Badan aku gatal-gatal sekarang Umang pulak meracau macam orang hilang akal. Apa harus aku lakukan...” Umang memikirkan nasibnya.
Siangnya Umang asyik termenung teringatkan duyung yang muncul dalam mimpinya. Di dalam rumah Umang berlegar-legar di muka pintu, di tingkap. Duduknya serba tidak kena, jiwanya resah, hatinya memberontak ingin turun ke laut.
“Kasihan aku lihat Umang semakin hari semakin teruk keadaannya. Kau pun sudah tidak dipedulikan lagi,” kata Buntal pada siput yang datang menziarahi Umang.
“Aku tidak salahkan Umang, dia jadi begitu mesti ada sebabnya. Aku harap dia akan pulih seperti dahulu,” ujar Siput yang sedih melihat Umang.
“Duyung... tunggu aku ya. Aku datang menemui kau...” kata Umang sambil ketawa girang.
“Umang apa kau cakap dengan siapa?” tanya Buntal ingin tahu.
“Aku bercakap dengan Puteri Duyunglah... Puteri Duyung mahukan sisir emasnya... aku mesti pulangkan sisir emas miliknya,” kata Umang antara sedar dengan tidak. Siput memandang Buntal dengan kehairanan.
“Puteri Duyung?... sisir emas... Buntal kau dengar apa yang abang Umang cakap tadi?” Siput mencuit bahu Buntal.
“Jangan percayalah apa yang dia cakapkan itu, fikiran dia terganggu...” Buntal tenangkan Siput. Umang segera menghampiri Buntal dan Siput.
“Aku bercakap benar, malam tadi aku mimpi aku didatangi Puteri Duyung, dia mahukan sisir emasnya kembali...” ujar Umang bersungguh-sungguh.
“Sudahlah Umang, aku tidak percaya dengan kata-kata dan mimpi kau itu,” Buntal memperlekehkan kata-kata Umang.
“Kalau kau tidak percaya aku tidak marah. Suatu hari nanti kau akan tahu juga bahawa Puteri Duyung memang wujud dan aku akan kahwin dengannya...” jelas Umang menyebabkan Siput tersinggung. Siput bergegas meninggalkan rumah Umang. Siput berlari dengan hati yang kecewa.
“Siput!... kau nak ke mana!” jerit Buntal.
“Biarkan dia pergi... Puteri Duyung lebih cantik dari Siput... Buntal kalau kau mahu kau ambillah Siput...” kata Umang yang tidak sedar apa yang dia suarakan.
“Umang, aku rasa kau ini sudah hilang akal!... malaslah aku nak layan kau!” Buntal segera pergi meinggalkan Umang.
“Hei, Buntal nantilah dulu aku ada banyak lagi cerita... cerita duyung...” jerit Umang memanggil Buntal lalu ketawa girang. Buntal tidak mengendahkan Umang lagi dan terus pergi.
Hari demi hari Umang turun ke laut mencari Puteri Duyung. Siput, Buntal, Teritip semakin dia lupai. Walaupun Umang turun ke laut setiap hari namun dia belum bertemu lagi dengan Puteri Duyung buat kali kedua atau ketiga. Umang begitu kecewa kerana apa yang dia harapkan tidak menjadi kenyataan. Puteri Duyung yang dicari dan ditunggu tidak muncul lagi.
“Wahai Puteri Duyung di mana kau berada, aku ingin sekali bertemu dengan Puteri. Saban hari aku menunggu, Puteri tidak juga muncul...” keluh Umang.
Umang sanggup berpanas dan berhujan di tengah laut demi Puteri Duyung. Dia masih ingat lagi kali pertama dia bertemu dengan Puteri Duyung dan dia masih ingat lagi tempat dia bertemu dan di tempat itulah dia menunggu hari-hari. Umang telah jatuh hati dengan Puteri Duyung. Dia berharap benar agar Puteri Duyung muncul di hadapannya.
Umang pulang dengan hati yang kecewa. Begitulah setiap kali dia pulang ke darat. Setiap kali dia pulang Siput dan Buntal dengan setia menunggu di tepi pantai. Kepulangan Umang disambut dengan senyum girang oleh Siput dan Buntal.
“Abang Umang, Siput ada bawakan makanan untuk abang Umang. Marilah kita makan, abang Umang tentu lapar seharian di laut,” pelawa Siput yang menanti Umang di tepi pantai.
“Aku tidak perlukan makanan yang kau bawa, kau makanlah dengan Buntal. Aku sudah kenyang,” kata Umang sambil menarik sampan dan mengikatnya pada tiang kayu. Mendengar kata-kata Umang itu, Siput menjadi sedih. Air matanya mengalir.
“Sabarlah Siput, abang Umang masih tertekan,” pujuk Buntal.
“Aku tidak minta kau berdua tunggu aku di sini,” ujar Umang yang semakin lupa tentang dirinya. Buntal dan Siput seperti tidak percaya dengan perubahan Umang.
“Hei Umang!, kau fikir bila kau turun ke laut kau boleh dapat Puteri Duyung yang tidak wujud itu!. Samada kau jumpa dengan Puteri Duyung atau tidak aku tidak peduli. Kau nak mati berangan, kau nak mati dengan Puteri Duyung, kau nak teronggeng atas sampan, kau nak terjunam dalam laut aku peduli apa. Pergi jahanam dengan kau,” marah Buntal pada Umang. Siput tergamam melihat Buntal marah.
“Apa hak kau nak marah aku!” kata Umang lagi.
“Kaulah satu-satunya manusia yang paling tidak guna. Betapa Siput, cinta dan sayangkan kau. Dia sanggup tunggu kau siang dan malam, dia bawakan makanan untuk kau... tapi apa yang dia dapat!. Kau lupakan dia, kau benci dia... apa kau ingat kau tu bagus sangat!” Buntal meninggikan suaranya kerana marah.
“Arhh!, aku tidak mahu dengar semua itu, kau pergi dari sini pergi...!” Umang naik angin lalu menghalau Buntal dan Siput.
Hari berikutnya nasib Umang begitu baik sekali, penantiannya tidak sia-sia. Kehampaan hari sebelumnya kini terubat. Sedang Umang asyik termenung menunggu, muncul Puteri Duyung di permukaan air. Puteri Duyung memberi senyuman pada Umang. Umang terpaku dan tergamam melihat kemunculan Puteri Duyung di hadapannya.
“Wahai duyung, sekian lama aku menunggu, baru kini kau muncul. Ke manakah menghilangnya?” Umang meluahkan perasaan rindunya pada Puteri Duyung. Puteri Duyung perlahan-lahan menghampiri Umang yang berada di atas sampan.
“Maafkan aku, sebenarnya aku tidak pergi ke mana-mana. Aku sentiasa ada di sisi kau. Aku mengekori kau kerana aku ingin tahu. Cuma aku tidak munculkan diri aku kerana aku bimbang kalau-kalau kau manusia darat yang jahat. Tetapi aku dapat rasa kau manusia darat yang baik dan jujur. Di atas kesungguhan dan kejujuran kau ingin bertemu dengan aku maka aku munculkan diriku di depan kau hari ini...” kata Puteri Duyung panjang lebar.
“Terima kasih wahai duyung, kau duyung yang baik. Cantik dan menarik. Aku begitu teruja ingin bertemu dengan kau. Kali pertama aku bertemu dengan kau, hati aku mula terusik. Apakah benar kau ini Puteri Duyung yang datang dalam mimpi aku? Sejak itu hidup aku tidak menentu kerana kau duyung,” ujar Umang yang begitu gembira sekali.
“Sungguh pun dalam mimpi aku datang, tapi aku belum yakin dengan kau. Memang benar akulah Puteri Duyung anakanda Raja Duyung di laut lepas,” kata Puteri Duyung memperkenalkan diri.
“Kamu Puteri Duyung anak Raja Duyung!. Sungguh aku tidak percaya kau anak Raja Duyung. Aku sangkakan duyung tidak wujud di dunia ini. Tapi sangkaan aku meleset,” ujar Umang.
“Ya benar, duyung memang wujud seperti yang kau lihat sekarang ini. Kehidupan kami tidak sama dengan kehidupan manusia darat. Kami hidup di lautan dan kau hidup di daratan,” kata Puteri Duyung.
“Maafkan aku kerana bertanya, kenapa keadaan duyung separuh manusia separuh ikan? Sungguh ganjil keadaan kau itu,” Umang bertanya.
“Sebab itulah kami bersembunyi dan memencilkan diri dari manusia darat kerana keganjilan kami. Kami tersisih dan keturunan kami tetap begini sampai bila-bila. Dahulunya kami seperti manusia darat juga. Semua ini kerana melanggar sumpahan!. Sumpahan yang entah bila akan hilang. Walau bagaimana pun kami tetap bahagia dengan dunia kami,” Puteri Duyung menceritakan asal usul dirinya.
“Kasihan sungguh bila aku mendengar cerita kau itu,” Umang bersimpati.
“Siapakah nama kau?” Puteri Duyung bertanya.
“Nama aku Umang, aku anak Teritip. Aku seorang nelayan dari kampung Teluk Angin Pasang,” jelas Umang.
“Ooo begitu, Umang bolehkah kau menolong aku?” Puteri Duyung bertanya.
“Tolong yang bagaimana Puteri?” Umang ingin tahu.
“Sebenarnya aku punya hajat yang besar, hanya kau saja yang boleh menolong aku. Itu pun kalau kau dapat menolongnya. Aku tidak tahu dengan siapa lagi aku meminta pertolongan,” Puteri Duyung tunduk sedih.
“Apa maksud kau Puteri?” Umang bertanya lagi.
“Aku... aku kehilangan sisir emas hampir sekian lama, bolehkah kau mencari sisir emas itu. Hilangnya sisir emas itu diambil oleh manusia darat seperti kau... aku tidak tahu di mana sisir emas itu sekarang,” jelas Puteri Duyung.
“Sisir Emas?” Umang terkejut bila mendengar Puteri Duyung menyebut sisir emas. Umang tunduk seketika.
“Kenapa Umang, apakah kau pernah melihat atau mendengarnya?” Puteri Duyung bertanya.
“Aku... aku tidak pernah melihat atau mendengarnya... maafkan aku,” Umang sengaja berbohong.
“Sayang sekali, tidak mengapalah... kalau begitu izinkan aku pergi dahulu...” Puteri Duyung kecewa. Umang simpati tetapi hatinya gembira kerana dia sudah tahu apa sebenarnya yang sudah berlaku pada Puteri Duyung dan sisir emas ada dalam genggamannya.
“Puteri, jika sisir emas itu ditemui apakah habuan yang patut diterima?” Umang bertanya.
“Orang itu akan mendapat kebahgiaan dan penghormatan...” Puteri Duyung perlahan-lahan pergi meninggalkan Umang.
“Puteri Duyung, boleh kita berjumpa lagi?” Umang ingin tahu. Puteri Duyung berhenti berenang dan menoleh ke belakang lalu memberi senyuman kepada Umang. Umang tersenyum gembira. Puteri Duyung berenang pergi. Umang segera mendayung sampan pulang ke darat.
Anda Suka, Jom Teruskan Ke Bab Seterusnya...

No comments:
Post a Comment